Posted in Uncategorized on April 30, 2013 by exposemistik

Salam kepada pengunjung Blog Expose Mistik.

Admin bercadang untuk membawa masuk pengamal perubatan Islam dari Medan,Indonesia.

Namanya Ust Pak Budi dan kami bertemu di Medan sewaktu kujungan admin ke sana.

Rawatan perubatan ustaz ini katanya mahu diberikan secara gratis (percuma).

Memandangkan hajat ustaz ini ingin menjejakkan kaki di Malaysia tidak kesampaian oleh kerana ketiadaan passport.

Jadi, cadangan admin untuk menghulurkan sumbangan ikhlas agar hajat dan niat untuk membantu kepada pesakit-pesakit yang memerlukan diharap tercapai.

Sumbangan yang dihulurkan anda dapat membantu urusan passport dan biaya tanggungan sepanjang berada di malaysia.

Pihak admin akan menjelajah ke setiap pelusuk negeri untuk memberi rawatan alternatif bagi mereka yang memerlukan di mana lokasi dalam perancangan.

Sesiapa yang budiman, boleh hulurkan sumbangan pada admin di 2170020051198 untuk admin melakukan langkah yang seterusnya.

Sekian, terima kasih

GANGGUAN SAKA DAN MAKHLUK HALUS

Posted in Uncategorized on April 26, 2013 by exposemistik

Salam kepada pengunjung blog expose mistik.

Adakah masih ramai yang mengalami gangguan ini?

Sila utarakan pandangan dan masalah anda di ruangan ini.

Jika terlalu peribadi, emailkan kepada admin expose mistik di massa_shah@yahoo.com.my

Sokongan anda amat dihargai.

Sekian.

BLOG EXPOSE MISTIK SEDANG DIKEMASKINI

Posted in Uncategorized on October 12, 2012 by exposemistik

Salam kepada pengunjung blog Expose Mistik.

Untuk makluman, laman blog masih dalam perancangan untuk dikemaskini.

Ada apa-apa cadangan menarik yang hendak dikemukakan agar laman blog Expose Mistik menjadi sumber untuk mendapatkan informasi mengenai perkara-perkara mistik.

Harap ada cadangan.

Jumpa lagi.

 

Sekian.

Admin

 

MISTIK KINI CECAH 48,000 VIEWERS…

Posted in Uncategorized on April 12, 2012 by exposemistik

Salam kepada rakan-rakan di luar sana.

 

Segala mohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini laman blog ini ekoran kerja yang membataskan saya untuk menulis.

Untuk pengetahuan pembaca, laman ini telahpun mencecah 48000 viewers. Mungkin tidak seperti blog-blog yang lain, bagi saya untuk mendapat jumlah seperti ini pun, menunjukkan tanda sokongan dan minat anda semua mengenai dunia perubatan mistik.

Saya juga mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan dari anda semua, untuk blog ini terus hidup dan menjadi rujukan alternatif.

Insyallah, mulai saat ini, saya akan aktif menulis untuk tatapan anda.

Tinggalkan cadangan dan komen anda.

 

Sekian terima kasih.

 

EXPOSE MISTIK: SANTAU

Posted in SANTAU on February 7, 2009 by exposemistik

Oleh: Expose Mistik

Santau adalah ilmu hitam yang digunakan untuk menyihir seseorang.

Santau adalah ilmu hitam yang digunakan untuk menyihir seseorang.

Muqadimmah

Menurut perawat tradisional, tidak menyatakan perbezaan yang jelas di antara santau dan racun.

Ramai berpendapat bahawa santau dan racun adalah sama, manakala rawatannya juga adalah sama, hanya terdapat beberapa ciri perbezaan bagi menentukan orang itu samada terkena santau atau racun.

Kesan racun dapat dikesan dalam masa yang singkat sejurus sahaja termakan atau terminum racun, mangsa akan menderita serta-merta.

Manakala kesan santau hanya dapat di kesan dalam masa yang agak lama.

Mangsa tidak akan menyedari melainkan mangsa memakan limau nipis atau memakan nenas dibuat dengan bahan-bahan semula jadi seperti akar-akar kayu (racun tradisional) manakala santau berlainan dari cara pembuatan racun.

Jenis-Jenis Santau

Santau terbahagi kepada 2 jenis:

1. Santau yang diperbuat daripada bahan biasa dan diberi secara langsung kepada mangsa seperti di letak ke dalam makanan dan minuman.

Ia tidak berkait dengan pemujaan jin dan syaitan.

Ini agak mudah diubati.

2. Santau yang disertai dengan pemujaan jin dan syaitan.

Santau ini juga dikenali sebagai ‘santau angin’.

Santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang mempunyai sayap.

Jin tersebut mampu terbang di udara, biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Tanda-Tanda Terkena Santau

1. Batuk berterusan, batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti habuk-habuk kaca.

2. Keluar darah yang berpanjangan bagi wanita kadangkala 1 bulan atau lebih.

3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu maghrib dan malam jumaat, kadangkala sakit akan menjadi lebih kritikal ketika hampir waktu solat jumaat.

4. Sakit dan sesak nafas terutamanya pada waktu maghrib.

5. Lenguh seluruh anggota badan.

6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

8. Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.

9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusukannya.

11. Mimpi binatang menakutkan seperti ular.

12. Mimpi bertemu ketua agama-agama lain dan mimpi pergi ke tempat ibadah mereka.

Kesan-Kesan Santau

1. Boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.

2. Hilang daya ingatan.

3. Kulit merekah dan keluar air bisa dan nanah.

4. Berubah sifat seperti sifat sabar menjadi panas baran.

5. Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.

6. Gugur bulu-bulu pada badan.

7. Kelopak mata menjadi hitam akibat dari tidur yang sering terganggu.

8. Kanser dan ketumbuhan.

9. Keguguran bayi.

expose-mistik-season-3-cover-24

JIKA ANDA MEMPUNYAI ANTARA SIMPTOM-SIMPTOM INI, SEGARA BERJUMPA DENGAN PENGAMAL PERUBATAN ISLAM.

EXPOSE MISTIK: SAKA

Posted in SAKA on February 6, 2009 by exposemistik

Oleh: Expose Mistik

Saka adalah jin.

Saka Harimau antara saka yang paling popular.


Definisi

SAKA adalah jin yang berada di dalam tubuh manusia yang diwarisi turun temurun yang telah sebati di dalam tubuh manusia tersebut.

Ia berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak.

Jin tersebut diwarisi apabila nenek moyang mereka telah meninggal dunia.

Saka terdiri daripada jin-jin seperti hantu raya dan pelesit.

Siapakah Yang Menjadi Sasaran?

Sasaran saka terdiri daripada keturunan pembawa saka dan orang-orang yang dipilih oleh jin itu sendiri.

Tanda-Tanda Orang Yang Mempunyai Saka

Gejala Ketika Tidur

1. Susah tidur malam.

2. Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

3. Mimpi buruk dan menakutkan.

4. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, ular,serigala, tikus dan sebagainya.

5. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

6. Mimpi terjatuh dari tempat tinggi.

7. Berdiri dan berjalan ketika tidur.

8. Bermimpi berada di tempat yang sunyi.

9. Bermimpi berada di kawasan kotor dan kawasan perkuburan.

10. Mimpi melihat makhluk halus.

11. Mimpi melihat salib atau gereja.

12. Mimpi bertemu paderi.

13. Mimpi melihat budak kecil.

Gejala Ketika Jaga

1. Sering lalai daripada mengingati Allah S.W.T

2. Hilang ingatan (gila).

3. Lesu dan malas.

4. Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.

5. Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.

6. Lenguh sendi-sendi.

7. Melihat sesuatu yang pelik.

8. Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).

9. Terasa seolah-olah memijak telur atau batu di bahagian tapak kaki.

10. Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.

11. Jiwa lemah.

12. Selalu mengantuk.

13. Mudah marah dan panas baran.

Kesan Dan Akibat

1. Sukar mendapat zuriat.

2. Banyak berlaku perkara ganjil di dalam hidup seseorang.

3. Banyak mengidap pelbagai penyakit.

4. Tidak suka bermasyarakat.

5. Mudah sensitif dan mudah terasa.

6. Mengetahui perkara-perkara yang mustahil diketahui oleh orang lain (bisikan jin dan syaitan).

7. Selalu menangis ketika kecil dan berperangai buruk apabila dewasa.

8. Kehidupan menjadi tegang dan suram.

expose-mistik-season-3-cover-24

JIKA ANDA MEMPUNYAI ANTARA SIMPTOM-SIMPTOM INI, SEGERA BERJUMPA DENGAN PENGAMAL PERUBATAN ISLAM.

MISTERI ALAM MELAYU

Posted in MISTERI ALAM MELAYU on February 5, 2009 by exposemistik

Oleh: Expose Mistik

Misteri Alam Melayu... Adakah ianya benar wujud?

Misteri Alam Melayu... Adakah ianya benar wujud?

Masyarakat Melayu memang sinonim dengan kepercayaan karut mengenai alam misteri dan juga kehidupan seharian. Ada saja pantang larang yang perlu dipatuhi. Jika tidak, sendiri mau ingatlah…

Kepercayaan Karut Dalam Masyarakat Melayu.

Apa pendapat anda semua ?

EXPOSE MISTIK: ALAMAT PUSAT PERUBATAN ISLAM

Posted in ALAMAT PERUBATAN on February 4, 2009 by exposemistik

Oleh: Expose Mistik

Expose Mistik kini dijangka akan bersiaran untuk musim ketiga, atas sokongan dan galakan penonton-penonton.

Sekurang-kurangnya, matlamat kami tercapai untuk memperbetulkan persepsi masyarakat mengenai dunia mistik dan dunia perubatan tradisional.

Oleh kerana Expose Mistik musim ke-2 akan semakin hampir ke penghujung siaran pada bulan April 2009, maka Mistik akan sertakan alamat pusat perubatan Islam yang diyakini berkesan yang ada sepanjang siaran program Mistik berlangsung dari dulu hingga kini.

Insyallah, kami berusaha membantu anda bagi yang memerlukan, anda berusaha untuk berikhtiar, dan selebihnya bertawakal kepada Allah s.w.t.

expose-mistik-season-3-cover-24

Berikut adalah alamat-alamat pusat perubatan Islam:

Pusat Tradisional Khairey

Lot 5657 Jalan Bangol

Simpang Empat

Taman Adabi

17500 Tanah Merah, Kelantan

Hubungi: Ustaz Khairey Saudi 012-3603488

Pusat Rawatan Al-Syakirin

Lot 195 A Lorong Halba

Kg Bakar Kapor

08000 Sg Petani, Kedah

Hubungi: Ustaz Mohd Syakir Mohd Ezmi 019-5661848

Pusat Rawatan Terapi Al-Quran Darul Hikmah

No. 17 Taman Pulai Jaya, Km 5 Jalan Langgar

05460 Alor Setar, Kedah

Hubungi: Ustaz Malek Ladzim 019-4715253

Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan

Lot 2894 Lorong Beringin, Batu 17

48050 Kuang, Selangor

Hubungi: Ustaz Abdul Majid Hassan 017-364 6461

Pusat Rawatan Islam Manarah

Lorong Beringin, Batu 17

48050 Kuang, Selangor

Hubungi: Ustaz Dr Jahid Sidek 019-384 5666

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah

No.15 Jalan 3D/6 Taman Setapak Indah

Setapak, Selangor

Hubungi: Ustaz Mohd Suhaimi Rozali 019-269 1525

Pusat Perubatan Islam Darussalam Malaysia

Lot 4463 Lorong Penghulu, Gombak Setia

53100 Kuala Lumpur

Hubungi: Ustaz Mohd Hadi Ahmad Talhah 03-6188 1789

Pusat Rawatan Islam Gshahmisteri

No. 42 Jalan Ithnin Maarof

Taman Lian Seng

86000 Kluang, Johor

Hubungi: Ustaz Azizi Misbah 016-749 5801

Pusat Rawatan Islam Darussyifa

2213-D Kampung Maju Jaya

Johor Bahru, Johor

Hubungi: Ustaz Husin Jusoh 019-764 3034

Pusat Rawatan Sinar Zamdurrani

27-2-1 Jalan 20B/146

Desa Tasik, Sg Besi (bersebelahan Bandar Tasek Selatan)

Kuala Lumpur

Hubungi: Ustaz Sharhan Shafie (bercakap dengan Helmi di talian 017-6955909)


Mistik berharap agar semua peminat program Mistik akan terus setia di Astro Prima.

Untuk sebarang kemusykilan dan untuk pertanyaan masalah, sila ajukan kepada Mistik, dalam blog ini.

Sekian.

EXPOSE MISTIK: SELAMAT DATANG…

Posted in SELAMAT DATANG on February 3, 2009 by exposemistik

Oleh: Expose Mistik

expose-mistik-season-3-cover-24

Selamat Sejahtera kepada pengunjung-pengunjung dan peminat-peminat setia Expose Mistik.

Ini adalah laman Expose Mistik, di mana anda boleh mendapatkan alamat-alamat pusat perubatan Islam supaya anda dapat mengelak daripada mendapatkan khidmat bomoh/pawang/ustaz yang berselindung di sebalik agama.

Di samping itu juga, laman ini juga turut membincangkan permasalahan dan penyakit yang dialami oleh mangsa sihir, mangsa gangguan jin dan mangsa gangguan saka.

Untuk jangka masa panjang, Expose Mistik berharap dapat membina satu komuniti yang dapat membendung gejala penipuan perubatan yang menipu orang ramai.

Diharapkan harapan ini mendapat sokongan daripada anda.

Sekian.