EXPOSE MISTIK: SANTAU

Oleh: Expose Mistik

Santau adalah ilmu hitam yang digunakan untuk menyihir seseorang.

Santau adalah ilmu hitam yang digunakan untuk menyihir seseorang.

Muqadimmah

Menurut perawat tradisional, tidak menyatakan perbezaan yang jelas di antara santau dan racun.

Ramai berpendapat bahawa santau dan racun adalah sama, manakala rawatannya juga adalah sama, hanya terdapat beberapa ciri perbezaan bagi menentukan orang itu samada terkena santau atau racun.

Kesan racun dapat dikesan dalam masa yang singkat sejurus sahaja termakan atau terminum racun, mangsa akan menderita serta-merta.

Manakala kesan santau hanya dapat di kesan dalam masa yang agak lama.

Mangsa tidak akan menyedari melainkan mangsa memakan limau nipis atau memakan nenas dibuat dengan bahan-bahan semula jadi seperti akar-akar kayu (racun tradisional) manakala santau berlainan dari cara pembuatan racun.

Jenis-Jenis Santau

Santau terbahagi kepada 2 jenis:

1. Santau yang diperbuat daripada bahan biasa dan diberi secara langsung kepada mangsa seperti di letak ke dalam makanan dan minuman.

Ia tidak berkait dengan pemujaan jin dan syaitan.

Ini agak mudah diubati.

2. Santau yang disertai dengan pemujaan jin dan syaitan.

Santau ini juga dikenali sebagai ‘santau angin’.

Santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang mempunyai sayap.

Jin tersebut mampu terbang di udara, biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Tanda-Tanda Terkena Santau

1. Batuk berterusan, batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti habuk-habuk kaca.

2. Keluar darah yang berpanjangan bagi wanita kadangkala 1 bulan atau lebih.

3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu maghrib dan malam jumaat, kadangkala sakit akan menjadi lebih kritikal ketika hampir waktu solat jumaat.

4. Sakit dan sesak nafas terutamanya pada waktu maghrib.

5. Lenguh seluruh anggota badan.

6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

8. Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.

9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusukannya.

11. Mimpi binatang menakutkan seperti ular.

12. Mimpi bertemu ketua agama-agama lain dan mimpi pergi ke tempat ibadah mereka.

Kesan-Kesan Santau

1. Boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.

2. Hilang daya ingatan.

3. Kulit merekah dan keluar air bisa dan nanah.

4. Berubah sifat seperti sifat sabar menjadi panas baran.

5. Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.

6. Gugur bulu-bulu pada badan.

7. Kelopak mata menjadi hitam akibat dari tidur yang sering terganggu.

8. Kanser dan ketumbuhan.

9. Keguguran bayi.

expose-mistik-season-3-cover-24

JIKA ANDA MEMPUNYAI ANTARA SIMPTOM-SIMPTOM INI, SEGARA BERJUMPA DENGAN PENGAMAL PERUBATAN ISLAM.

About these ads

26 Responses to “EXPOSE MISTIK: SANTAU”

  1. Santau
    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

    Santau merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

    Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman . Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca , serbuk Ipoh , bisa besi , dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah , pitam , pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

    Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.
    Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.

    Matlamat
    Santau secara umumnya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh.
    Kelebihan
    • Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi.
    Kelemahan

    • Santau angin biasanya dihembus agar dibawa angin kearah mangsa dan dihidu masuk kedalam paru-paru mangsa. Oleh itu, sesiapa yang berada berhampiran dengan mangsa boleh turut terhidu habuk berbisa itu.

    • Oleh kerana santau disediakan dalam bentuk serbuk, kemungkinan besar pengamal santau akan terdedah secara jangka panjang dan akan turut diracuni oleh santau yang disediakan oleh mereka, atau orang-orang yang rapat dengan mereka.

    • Santau biasanya mengambil masa yang agak lama untuk bertindak, antara beberapa hari sehingga beberapa tahun.

    • Perbuatan membunuh adalah salah di segi ugama dan undang-undang.

    Penelitian secara ilmiah
    • Santau secara umumnya hanyalah satu bentuk racun yang digunakan bagi membunuh musuh. Racun moden adalah lebih berkesan dan mampu membunuh dengan lebih pantas.

    • Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau (yang mengandungi bahan tajam dan halus) yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau kedalam paru-paru dan dengan itu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang digunakan. Ini mengakibatkan keadaan seperti Mesothelioma atau Penyakit Asbestosis.

    • Kemungkinan jampi yang digunakan merupakan satu cara menjelaskan bagaimana santau bertindak. Ini disebabkan pengamal santau silam tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan santau mampu membunuh mangsa, dengan itu menggunakan jampi dan mentera sebagai cara penjelasan bagaimana santau mampu membunuh.

    Di antara dua ikon dalam ilmu santau di Malaysia ialah, Dr Harun Din dan Dr Amran Kasimin.

  2. MAKKSUD MISTIK
    Mistisisme
    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

    Mistisisme ialah aktiviti untuk mendapat ilmu atau kekuatan tertentu, melalui cara yang ghaib seperti bermeditasi, bertapa, berkhalwat dan lain-lain lagi. Amalan ini adalah dengan anggapan bahawa terdapat ilmu pengetahuan yang tidak boleh didapati melalui bahasa, sebaliknya harus melalui aktiviti-aktiviti mistisme ini.

    Berkhalwat dalam kamus dewan bermaksud “mengasingkan diri di tempat yang sunyi kerana bertakafur, beribadat, dan lain-lain”. Tetapi di juga harus dingatkan bahawa berkhalwat juga mempunyai maksud yang lain iaitu “Dua orang lelaki dan perempuan berada di tempat yang sunyi untuk tujuan yang jahat”

    Dengan mengambil contoh daripada Hikayat Hang Tua, Hang Tua telah berbuat tempat berkhalwat di Bukit Jugra. Di sana, dikatakan Hang Tua “mengerjakan amar Allah siang malam, terlalu keras, tiadalah laksamana(Hang Tua) ingatkan pekerjaan dunia, melainkan syuhudnya pada Allah Taala semata-mata.”(1995:585). Daripada gambaran ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa berkhalwat seakan “pertapaan dalam konteks keislaman”.

  3. Hamba Allah Says:

    Assalammualaikum

    Dalam dunia yang fana ini,kita tidak dapat lari dari gangguan mahkluk halus seperti jin dan syaitan seperti janji mereka terhadap Allah.Akan tetapi,setiap penyakit ada penawarnya seperti mana janji Allah ‘tiada sebarang penyakit tiada ubat kecuali maut”
    Al-Quran diturun kan kepada Muhammad untuk menjadi ikutan kita.

    sekiranya ada masalah rumah tangga,gangguan makhluk halus,penawar,pendinding dan apa jua masalah yang melibatkan diri,keluarga,sanak saudara hubungilah saya agar dapat saya menolong dengan ayat suci al-Quran..Membatu sesama Islam dapat ganjaran akhrat nanti

    wallahualam.
    akmal_poohboyz@yahoo.com

  4. askum, apa no hp awak (hamba allah) blh sy hubungi.

  5. 1)menyusukan anak dan mengandungkan ank
    2)berjumpa dgn ketua2 agama lain dan pergi ke tmpt ibadah
    3)malas solat,klu solat pn bleh lupa rakaat.
    3)dgr orng panggil nama tp tiada jgk org tu
    4)mimpi ular htam anjing,tikus
    5)berada ditmpt perkuburan.
    adakah tanda2 ini menyatakan sya mendpt gangguan?badan pun terasa ada yang bergerak2tp tidak tau knpa..

  6. gadis _problem Says:

    Assalamualaikum

    Ayah saya sakit start umur saya 12 thn srkg umo sya dah 26 thn masa umo saya 12 thn ayah saya sakit teruk smpi xnk gi keje,kuar dari rumah katanye de org nk bunuhnye dan selalu sakit,pernah jugak beberapa kali ingin membunuh diri sperti panjat bumbung rumah,minum air detol dan tikam diri guna pisau serta pernah masuk hospital tanjung rambutan
    saya dan keluarga mbawa ayah pergi bubat tp amik masa utk baik
    slps beberapa thn ayah saya pun sehat dari penyakit misteri tersbut.
    pada umor saya 22 thn sehingga kini penyakitnye kembali semula tetapi berlainan
    dia jadi seorg yg panas baran,kedekut sgt,dan bertmbh ganas smpi ayah n ibu saya pernah bercerai pada bulan pose.ayah saya tidah boleh melihat ibu saya walaupun duk satu rumah dia membenci sgt kat ibu saya.untuk pengetahuan tuan ibu & ayah tidak sekatil lagi. klu ayah saya tgh marah matanye merah sgt.ayah saya suka mcaci & hina ibu saya mcm2.kadang2 ayah saya akan tgelak seorg2.
    utk pengetahuan tuan ayah saya seorg yg pemurah dan penyayang.saya penah cuba nk bubat tp ayah tau saya nk ubatkan dia terus marah saya dan dia susah nk ikut saya pergi bubat.klu boleh de pengamal perubatan islam yg boleh dtg rumah amatla saya hargai kerana saya susah nk bawa ayah saya.Saya merayu n mohon pertolongan ssgt tolonglaa ubatkan ayah saya.
    lagi satu saya tak tau knp semenjak ni saya jadi seorg yang cpt naik angin dan panas baran.TERIMA KASIH

  7. gadis _problem Says:

    Ayah saya sakit start umur saya 12 thn srkg umo sya dah 26 thn masa umo saya 12 thn ayah saya sakit teruk smpi xnk gi keje,kuar dari rumah katanye de org nk bunuhnye dan selalu sakit,pernah jugak beberapa kali ingin membunuh diri sperti panjat bumbung rumah,minum air detol dan tikam diri guna pisau serta pernah masuk hospital tanjung rambutan
    saya dan keluarga mbawa ayah pergi bubat tp amik masa utk baik
    slps beberapa thn ayah saya pun sehat dari penyakit misteri tersbut.
    pada umor saya 22 thn sehingga kini penyakitnye kembali semula tetapi berlainan
    dia jadi seorg yg panas baran,kedekut sgt,dan bertmbh ganas smpi ayah n ibu saya pernah bercerai pada bulan pose.ayah saya tidah boleh melihat ibu saya walaupun duk satu rumah dia membenci sgt kat ibu saya.untuk pengetahuan tuan ibu & ayah tidak sekatil lagi. klu ayah saya tgh marah matanye merah sgt.ayah saya suka mcaci & hina ibu saya mcm2.kadang2 ayah saya akan tgelak seorg2.
    utk pengetahuan tuan ayah saya seorg yg pemurah dan penyayang.saya penah cuba nk bubat tp ayah tau saya nk ubatkan dia terus marah saya dan dia susah nk ikut saya pergi bubat.klu boleh de pengamal perubatan islam yg boleh dtg rumah amatla saya hargai kerana saya susah nk bawa ayah saya.Saya merayu n mohon pertolongan ssgt tolonglaa ubatkan ayah saya.
    lagi satu saya tak tau knp semenjak ni saya jadi seorg yang cpt naik angin dan panas baran.TERIMA KASIH

    • seri_terlak Says:

      salam. nampaknya laluan hidup saudari hampir keseluruhannya sama dgn apa yg saya lalui. kisah saya pulak bermula ketika umur saya 7 tahun. kini saya dah 33 tahun. 4 tahun yg lepas ayah meninggal dunia. saya ingat segalanya berakhir. tapi baru2 ini mula menampakkan rupa yg saka2 tersebut mengganggu tanpa disedari selama ini hinggalah diberitakan ada 3 ekor makhluk laknatullah itu sedang mendiami tubuh ibu dan adik saya. kini kami sedang berusaha memulihkan keadaan. kalau saudari teringin nak berkongsi cerita dengan saya, mungkin kita boleh bertukar2 pandangan, bolehlah hubungi saya melalui alamat emel di atas ye!

    • wahai saudara islam ku .yang telah terkena sihir bukalah ayat quran didalam rumah paling penting waktu nak tidur malam .bukalah ayat quran dari awal hingga akhir ,sebaik 24 jam buatlah anda akan merasakan segala beban yang anda tanggung akan berkurangan dgn izin allah ,selain syaitan akan lari sihir juga akan musnah sedikit demi sedikit .

      memang kita tak tahu atau arif dgn ayat quran yang mana utk buang sihir dan halau syaitan yang di hantar ,kan syaitan tu hamba yang paling alim dan makbul doanya sebelum dia ingkar …tapi ada di antara ayat alquran syaitan tak tahan lama untuk duduk mendengar …air kalau simbah… sikit ok ajekan …cuba kalau simbah air lama2 tak bernafaskan mcm tulah dgn syaitan dan sihir ni
      ubat dgn allah tak mcm ubat dgn tok dukun sembuh cepat sgt
      dgn ayat quran kita kena sabar
      cubalah saya memberitau melalui pengalaman..sudah hampir sepuluh tahun saya mengamalkan ayat quran dalam rumah saya.alhamdulilah segala keburukan semakin pudar rezeki allah bagi berkat ,rumah tangga semakin salih.hidup aman damai .memang tukang sihir ni tak pernah berhenti selagi hidup …dunia ni syurga org shirik ..mereka lambat mati ..

  8. Salam. Saya telah disihir selama 8 tahun. Panas dibahagian testis (alat kelamin lelaki) dan dilain-lain bahagian badan. Telah berubat tetapi masih lagi panas. Apabila berubat rasa kurang, bila kurang saya rasa akan ditambah oleh tukang sihir melalui angin. Sekarang masih berubat. Hanya doa pada Allah supaya saya sembuh. Wassallam.

  9. http://darulsaka.blogspot.com/

    pembuang saka @ santau no 1

    malaysia, brunei, idonesia, singapore

    maybe in madagascar

  10. sy selalu mendengar suara menghina saya. contohnya, saya mendengar suara suami saya menghina saya dgn cara berbisik. bila saya merenung dia dan bertanya, diakah yg bercakap tadi. dia x mengaku. ada kah ini santau atau kemurungan. tp saya ia bukan dr otak sy.

  11. malah sy pernah terhidu bau wangi atau ubat ddedoran yg pernah sy gunakan sebelum ini walaupun saya bersendirian ketika itu. Ia menandakan ada sesuatu yg lain dekat sy. tp bila sy datang berubat dgn tokong tokong cina dan malah bomoh, ada yg mengatakan tiada apa apa dan ada yg mengatakan ada dan ia mahluk dr keturunan keluarga sy. Tp kelurga sy mengatakan x hantu mereka pernah pelihara. Bila sy marah dan melepaskan marah tersebut kepada suami, dia meradang balik kpd sy dan mengatakan sy mungkin gila kn dia x mendengar apa apa suara dan dia sdr x bercakap pun. sy pernah datang ke hospital jiwa dan hospital mengatakan ia mungkin sakit “safonia” atau kemurungan sbb tekanan. Tp mengapa sy selalu mendengar dgn jelas wlp dlm tandas awam, panggung wayang wlpn sy ketika itu x memikirkan suara itu. sy telah mengalami penyakit ini dekat dua thn sudah. boleh kah, sesiapa memberi komen kepada sy.

  12. Azlin bt Mohd Aznan Says:

    Ini adalah kisah benar yang berlaku pada ahli keluarga saya yang berkenaan dengan santau angin.peristiwa ini berlaku kepada arwah abah saya semasa dia menderita sakit sejak tahun 2007 dan meninggal dunia pada 20 November 2008.Semasa arwah abah saya terlantar sakit di Institut Jantung Negara,Kuala Lumpur selama 2 bulan,kulit kaki kanan nya telah merekah dan keluar air bisa serta nanah dan kemerah-merahan dari bawah kaki berhampiran jari kaki kanan hingga ke lutut serta berlaku di kaki kiri dan siku di tangan kanan.Di bahagian badan dan perut nya juga terdapat percikan darah seperti ada sesuatu yang memakan organ-organ dalaman badan yang menyebabkan terjadi nya percikan darah itu timbul.Saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada arwah abah saya,lalu saya memberitahu perkara ini kepada ibu saya untuk tindakan selanjutnya.Beberapa hari selepas itu,beberapa orang dari Darul Syifa datang ke IJN pada waktu malam untuk membaca surah yasiin bagi memulihkan keadaan arwah abah saya,tetapi,malangnya,kerana jin yang berada dalam tubuh arwah abah saya sudah sebati…..sehari sebelum arwah abah saya meninggal,pada 19 November 2008,saya,ibu saya dan saudara saya terdengar sesuatu yang keluar dari mulut arwah abah saya yang mengatakan “siapa yang buat,terimalah balasan”….pada 20 November 2008,pukul 10.45 malam,arwah abah saya telah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lama nya dalam keadaan yang menyedihkan tetapi,wajah nya begitu tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku….semoga roh arwah abah saya dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT….

  13. ana muslim Says:

    assalammualaikum..saya nk tnya tntang santau ni. saya ada seorang kwan, dia slalu keluar darh dari mulut, sakit dada dan sakit di bahagian perut. Apabila dia bertanya kepada doktor perubatan, doktor tidak tahu jenis penyakit dan mengatakan dia tidak berpenyakit.saya nak tanya adakah dia terkena santau?

  14. ana muslim sebaik nya kwn anda itu,di bawah jumpa dgn ustaz di khuatiri dia terkena santau.jgn smpi terlambat.

  15. faidzah Says:

    Asalammualaikum ustaz

    Saya dr Kuantan ingin mendapat rawatan ustaz bilakah ustaz akan hadir di Kuntan.

    Sekian wassalam.

  16. suedanisya Says:

    assalammualaikum..disini saya ingin bertanya dimanakah ustaz shakir membuat rawatan..saya nak minta alamatnya..kerana kami satu keluaga mempunyai masaalah disihir..tolonglah bantu kami..kami dah buntu,bagaimanakah nak pulihkan ini semua..

  17. aslmk saya ingin menerangkan bagaimana keadaan saya sekarang,saya mengalami alahan pd bahan kimia,kata doktor pakar dah hampir 2 bulan saya mengalami kulit kaki keras dan mengelupas dlm keadaan gatal,pijar,miang, dan tangan saya juga sama,dan pada satu malam saya bermimpi lebih kurang pukul 31/4 pagi saya terjaga, dlm mimpi saya kemaluan saya di masuki ular hitam yg kurus dan panjang, saya berusaha sehabis tenaga utuk menarik keluar akhirnya ular itu dpt di keluarkan,saya masih tertanya2 apa erti semua ini….

  18. sya nak contact number yg Tokong Padang Sera Kedah. Sebab saya dari Kuala Lumpur dan ingin nak pedi sana minta tolong berubat.

  19. Assalamualaikum wbt

    Saya Zunurain Bin Poniran dari Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor. Saya mempunyai seorang ibu berumur lewat 50 an yang mempunyai gangguan mistik dan telah mengalaminya selama bertahun-tahun. Seingat saya dalam 10 tahun. Kami telah mencuba pelbagai rawatan Islam dari seluruh pelusuk negara termasuk Pengamal perubatan terkemuka seperti Ustaz Shahran, Ustaz Haraon Din di Yayasan Darul syifa’, dan banyak lagi sejak bertahun-tahun lamanya. Tetapi penyakitnya masih belum sembuh. Menurut ‘makhluk’ yg menghuni tubuh ibu saya, dia mahu menghancurkan dan melihat hidup ibu saya dan suami porak peranda. Ibu saya mengalami simptom-simptom seperti kuku biru, sakit sendi, sakit belakang yang mengakibatnya sukar berjalan sejak 10 tahun ini. Malah, ketika mula-mula penyakit misteri ini diketahui, ibu saya mengalami bengkak dan gatal-gatal di seluruh badan termasuk muka dan mulut yang menyebabkan dia sukar makan. Apabila dihantar ke hospital, doktor tidak dapat mengenal pasti pnyakit ibu saya dan hanya menyuruh kami pulang.

    Dengan rendah diri kami memohon bantuan Expose Mistik kerana ibu saya sudah terlalu lama menderita dan menghabiskan berpuluh ribu wang ringgit untuk mengubati penyakit ini. Ibu saya ada menghubungi Ustaz shahran untuk berubat secara persendirian kerana rawatan beliau melibatkan 7 org pesakit dlm satu rawatan dan ianya sangat sukar bagi ibu sya kerana setiap kali ibu saya dirawat.pasti ia mengambil masa yang lama untuk ibu saya sedar semula.untuk pengetahuan pihak tuan, Ibu saya sedar segala percakapannya semasa rawatan berjalan tetapi tidak dapat mengawal semua itu. Jadi saya tersangat ingin memohon pihak expose mistik mempertemukan kami dengan ustaz shahran dan seterusnya merawat ibu saya sehinnga sembuh. Semoga jasa pihak tuan dibalas Allah dengan ganjaran yang tidak ternilai di akhirat kelak..

    Sekian terima Kasih.

  20. As salam…saya nak luahkan masalah yang saya hadapi, sekarang, saya belajar d UKM bangi, masalahnya sekarang hidup saya tak tenang sangat.. saya rasa macam ada benda yang mengganggu saya..tiap kali saya mahu melakukan ibadah, ada suara-suara membisik di hati saya..contohnya, dia cakap saya ni kristian, maki ALLAH, tuhan tu tak wujud dan macam-macam lagi benda yang tak patut,, masalahnya saya tak dak niat pun nak cakap macam tu..saya sedih sangat…saya ambil wuduk terlalu lama..was-was dan macam-macam lagi…saya selalu mimpi ular, anjing dan lembu hitam..saya pernah mimpi ular makan kaki saya..mimpi lintah,,dan pernah malam tu saya termimpi, seorang orang alim datang memakai jubah dan serban sambil membawa kitab, dia cakap ambil kitab ni,,mulai hari engkau kristian..skang saya jadi takut nak tido..bila saya tidur je datang makhluk lelaki dan pempuan melakukan zina sehingga saya mimpi basah..bila saya nak mandi hadas susah sangat ambil masa lama..sejak akhir-akhir ni saya selalu sakit dada dan sesak nafas, tangan kiri saya selalu lengah dan tiap-tiap malam belakang badan saya rasa panas macam dok dalam asap, mula lemah semangat..lebih suka duduk bersendirian, panas baran, sebelum isya selalu mengantuk ..ras malas nak g kuliah dan macam- macam lagi yang saya tak dapat gambarkan…tolonglah saya….

  21. sambungan: belakang saya selalu lengahleher saya mula tercekek dan mula gatal-gatal.bila saya solat tubuh jadi menggeletar..kadang-kadang rasa macam kawan saya datang masa tengah tido…pastu..rasa benda tindih saya….bila sedar penat sangat….adakakah nie tanda ada ganguan iblis??

  22. Saya tertarik membaca cerita disini. Jadi saya ingin berkongsi cerita mengenai tragedi malang yang menimpa saya dan suami saya. Cerita ini terjadi kepada arwah adik ipar saya remaja perempuan dan arwah adik saya seorang pemuda.Semuanya berlaku apabila saya mula berkenalan dengan suami saya.Ketika itu saya baru memutuskan hubungan dengan seorang pemuda dari kampung saya. Saya menolak cintanya.Dan saya menyesal sehingga hari ini kerana saya berkasar dan menghina dirinya.Saya tiada jalan lain untuk membuatkan pemuda itu membenci saya dan melupakan cintanya. Walaupun saya tidak bermaksud apa apa, tetapi saya harus membuat begitu untuk membuatkan dia melupakan saya. Sejurus selepas itu saya bertemu suami saya dan kami mula menjalin cinta.Ketika hampir dengan tarikh bertunang pada awal tahun 2008,adiknya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Anggota badan adiknya bengkak bengkak.Doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit adiknya.Pada ketika itu, saya sekeluarga bersama arwah adik saya pergi melawat adiknya di hospital.Pada ketika itu saya terdetik dan berkata pada ibu saya “kesiankan mak, muda muda dah sakit. Cuba mak bayangkan klu anak mak pun sakit macam tu”.Selang seminggu selepas itu, saya dan suami saya pun selamat bertunang. Selang 2 bulan selepas pertunangan kami, adik saya secara tiba tiba terkena penyakit misteri. Segalanya bermula apabila kawasan rumah saya blackout dan dia menaiki motosikal untuk pergi membeli lilin. Sekembalinya kerumah dia mula mengalami sesak nafas. Kemuncaknya berlaku ketika hampir jam 12 malam. Kami pun bergegas ke hospital. Di hospital doktor menyatakan tiada penyakit dan kami disuruh pulang.Sakit adik saya berterusan. Dia memberitahu yang dadanya seakan akan seperti ditikam. Disebabkan ayah saya juga kakitangan kesihatan, maka ayah merayu agar adik dimasukkan ke hospital. Di hospital, pelbagai ujian dilakukan dan doktor masih tidak dapat mengenal pasti punca penyakit adik saya. Mereka hanya meneka adik saya mengidap kanser. Anehnya, adik saya sangat sihat dan sedang mengikuti pengajian sains sukan di uitm.Bagaimana sekelip mata sakit dan dikatakan mengidap kanser?. Sementara itu,lehernya mula membengkak seperti benjolan. Dan dia teramat menderita dengan benjolan bengkak di lehernya itu. Sementara itu, keadaan adik suami saya pun semakin teruk. Disebabkan doktor gagal mengenal pasti punca penyakitnya, maka mereka cuma mengagak dia menghidap kanser juga. Adik suami saya tidak lagi mampu besuara.Walaupun pelbagai dilakukan, adiknya hanya diam walaupun dia dicucuk dan macam macam dilakukan. Seolah olah adiknya seperti tdak dapat merasa apa apa lagi. Dia semakin kurus. Sangat kurus.Dan seolah2 seperti bayi kerana tidak lagi mampu mengurus diri,bercakap atau memberi bahasa isyarat. Pada 5 mac 2009, adik suami saya telah meninggal dunia. Ini telah memberi tamparan hebat kepada saya dan suami yang merancang perkahwinan. Manakala Ayah saya tidak berputus asa. dia mencuba kaedah tradisional pula. Pelbagai bomoh dan alim ulama telah ayah jumpa. wang ringgit usah dikira, segala simpanan ayah semua telah habis untuk berubat. Sehinggakan mak saya terpaksa menjual tanahnya untuk berubat adik. Dari kesemua bomoh itu,hampir 90 peratus menyatakan adik saya terkena santau.Tetapi adik saya tetap tidak sembuh. Keadaan adik saya semakin hari semakin teruk. Dia semakin kurus. Sikapnya juga berubah.Dia kerap memaki hamun kedua ibubapa saya yang menjaganya.Malah kadang kadang tetamu yang hadir pun turut di makinya. Namun mak ayah saya masih lagi bersabar.Akhirnya setelah setahun lebih bertunang, pada june 2009 saya berkahwin dengan suami saya. Adik saya masih lagi menanggung kesakitan. Dia kini tidak mampu bergerak.Hanya terbaring saja.Badannya semakin kurus.Bengkak di lehernya telah surut tetapi bengkak itu timbul pula di testis kirinya.Badannya kurus kering tetapi peha kiri tidak susut dan bengkak bersama testisnya.Setelah lama menderita sakit dan pelbagai usaha yang ayah saya lakukan akhirnya bomoh terakhir yang ayah jumpa adalah seorang pemuda yang sangat warak.Dia memberitahu ada jin 3 beradik yang dihantar orang yang telah sebati dengan adik saya. Selang 2 minggu setelah berubat dengannya, adik saya menjadi seorang yang baik. Tiada lagi maki hamun, tetapi kelihatan sangat lemah. ini kerana menurut pemuda itu, dia telah berjaya menangkap dan membuang jin itudari tubuh adik saya.Dan adik saya mula berminat membaca ayat al quran dan berzikir.wajahnya kelihatan berseri seri. Tidak berapa lama kemudian pada 8 mac 2011, adik saya pun meninggal dunia. Apa yang menyedihkan, sakit adik saya serupa seperti sakit adik suami saya.Adiknya meninggal pada usia 17 tahun dan adik saya 25 tahun. Masing2 meningal pada bulan yang sama. Adakah ini kebetulan atau memang mainan orang?Jauh didalam hati saya selalu terfikir, adakah orang nak santau saya dan suami, tetapi tertukar.Santau untuk perempuan terkena adiknya, dan bahagian lelaki terkena adik saya.Apa apa pun hanya Allah yang mengetahuinya. Sekarang saya lebih berhati hati menempuh hidup ini.Hanya Allah saja yang tahu kedukaan dihati keluarga saya dan keluarga suami saya. Mungkin ada insan yang mencemburui saya dan suami. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.Ajal maut jodoh ditangan tuhan.

  23. slm admin dan untuk semua ,sy nak tanya psl mimpi,adik sy sebelum
    meninggal dunia ada beritahu kpd ibu ,dia bermimpi ada org baling telor putih kepadanya ,adik sy kata mimpi ini tandanya ada org buat kat dia dan mahu dia mati selepas beberapa hari selepas itu dia pon meninggal dunia. untuk pengetahuan semua adik sy ni golongan OKU. apakah sebenarnya taksiran mimpi in

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: