EXPOSE MISTIK: SAKA

Oleh: Expose Mistik

Saka adalah jin.

Saka Harimau antara saka yang paling popular.


Definisi

SAKA adalah jin yang berada di dalam tubuh manusia yang diwarisi turun temurun yang telah sebati di dalam tubuh manusia tersebut.

Ia berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak.

Jin tersebut diwarisi apabila nenek moyang mereka telah meninggal dunia.

Saka terdiri daripada jin-jin seperti hantu raya dan pelesit.

Siapakah Yang Menjadi Sasaran?

Sasaran saka terdiri daripada keturunan pembawa saka dan orang-orang yang dipilih oleh jin itu sendiri.

Tanda-Tanda Orang Yang Mempunyai Saka

Gejala Ketika Tidur

1. Susah tidur malam.

2. Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

3. Mimpi buruk dan menakutkan.

4. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, ular,serigala, tikus dan sebagainya.

5. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

6. Mimpi terjatuh dari tempat tinggi.

7. Berdiri dan berjalan ketika tidur.

8. Bermimpi berada di tempat yang sunyi.

9. Bermimpi berada di kawasan kotor dan kawasan perkuburan.

10. Mimpi melihat makhluk halus.

11. Mimpi melihat salib atau gereja.

12. Mimpi bertemu paderi.

13. Mimpi melihat budak kecil.

Gejala Ketika Jaga

1. Sering lalai daripada mengingati Allah S.W.T

2. Hilang ingatan (gila).

3. Lesu dan malas.

4. Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.

5. Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.

6. Lenguh sendi-sendi.

7. Melihat sesuatu yang pelik.

8. Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).

9. Terasa seolah-olah memijak telur atau batu di bahagian tapak kaki.

10. Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.

11. Jiwa lemah.

12. Selalu mengantuk.

13. Mudah marah dan panas baran.

Kesan Dan Akibat

1. Sukar mendapat zuriat.

2. Banyak berlaku perkara ganjil di dalam hidup seseorang.

3. Banyak mengidap pelbagai penyakit.

4. Tidak suka bermasyarakat.

5. Mudah sensitif dan mudah terasa.

6. Mengetahui perkara-perkara yang mustahil diketahui oleh orang lain (bisikan jin dan syaitan).

7. Selalu menangis ketika kecil dan berperangai buruk apabila dewasa.

8. Kehidupan menjadi tegang dan suram.

expose-mistik-season-3-cover-24

JIKA ANDA MEMPUNYAI ANTARA SIMPTOM-SIMPTOM INI, SEGERA BERJUMPA DENGAN PENGAMAL PERUBATAN ISLAM.

55 Responses to “EXPOSE MISTIK: SAKA”

  1. tolong la atuk saya yang sedag sakit…saya tidak tahu apa penyakit atuk saya..tolong kesian kat nenek saya yang semakin lemah..keluarga saya dah tidak tahu nak berubat dengan sapa lagi..sudah banyak orang jum[a tapi tak ada sapa pun yang mampu mengubati penyakit atuk saya…tolong kesian kan dia..tolong lah mengubati atuk saya..

    • exposemistik Says:

      kepada ida,
      Mistik sarankan anda berhubung dengan antara pengamal perubatan Islam yang ada dalam laman ini.
      Insyallah, dengan usaha ikhtiar anda, penyakit atuk anda sihat dengan izinNya.

  2. Saka
    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

    Hantu dalam Islam
    Dalam Islam, tidak wujudnya hantu, tetapi yang dikelaskan sebagai hantu merupakan jin yang mengganggu manusia. Setan yang juga tergolong dalam kelompok jin, dan jin dikenali sebagai mahkluk halus yang tinggal di dalam alam lain. Bagaimanapun, kumpulan jin ini boleh memasuki alam manusia. Terdapat jin yang membuat hubungan dengan manusia dan berkhidmat dengan manusia dengan matlamat menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah dan sesama manusia. Persahabatan ini dikenali sebagai saka.

    Saka merupakan merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan memeliharakan diri. Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Saka ini biasanya perlu dijaga dengan dijamu acak (telur, ayam panggang, pulut kuning) sesuai menurut persetujuan tuan asalnya. Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.

    Saka ini perlu diwariskan kepada orang lain sebelum tuannya mati. Sekiranya tidak, pemilik saka sukar mati atau sakanya membuat onar dengan mengganggu jiran-jiran pemilik lamanya.

    Pada kebiasaannya saka ini diwarisi dikalangan keluarga pemilik asal, tetapi terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa saka ini boleh diwariskan kepada kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula terdiri sama ada menerusi perbuatan seperti bersalaman atau menerusi lafaz seperti: “engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”

    Matlamat
    Ilmu saka ini biasanya dituntut sebagai cara memelihara diri atau harta benda daripada musuh. Terdapat pelbagai jenis saka, bergantung kepada tujuan dan matlamat pemilik asal dan jenis saka/jin yang dirapati. Selain itu, ia juga boleh digunakan bagi menginyanya musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

    Kelebihan
    Saka ini boleh digunakan bagi membantu pemiliknya dalam kerja seharian, seperti bertani, memburu dll. Sebagai contoh saka telinga, membolehkan tuannya mendengar pergerakan haiwan semasa memburu.
    Jenis-jenis saka

    Saka merujuk kepada semua jenis jin/shaitan yang didampingi oleh seseorang dan ini termasuk:-
    1. Bajang
    1. Toyol
    2. Polong
    3. Pelesit
    4. Hantu raya
    5. Saka haiwan
    6. Puntianak
    7. Langsuir
    8. Penanggal
    9. Pocong

    Kelemahan
    • Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam.

    • Saka ini akan berpindah kepada waris setelah kematian tuan asal dan saka yang tidak dipelihara dengan dijamu akan merasuk tuan barunya. Ini menimbulkan masaalah kerana tuan baru biasanya tidak mengetahui kehadiran dan kehendak saka tersebut. Semakin lama saka itu diwarisi, semakin sukar untuk membuang saka tersebut.

    • Saka yang tidak diwarisi waris biasanya akan berkeliaran dan akan mengamuk dan menganggu orang sekeliling. Kebiasaannya, sekiranya waris itu seorang yang kuat semangatnya, saka itu akan berpindah kepada anak kecil siwaris tersebut.

    Penghapusan
    Saka biasanya sukar dihapuskan. Dengan itu saka biasanya dipujuk agar berjamu dalam satu bekas yang dikenali sebagai acak dan hanyutkan melalui sungai ke laut, atau kadang-kala saka ini diikat kepada sesuatu objek yang dianggap kekal bagi menghalang saka berkeliaran mengganggu orang ramai.

    Penelitian secara ilmiah
    Kemungkinan saka ini membabitkan penyakit keturunan, yang kemudiannya dikaitkan dengan saka sebagai satu cara penjelasan.

  3. Salam Ida,

    Sudakah atuk di periksa di hospital, apa kata doktor? Umur atuk dan berapa lama dah sakit?

  4. HambA AllaH Says:

    A’uzubillahiminashshaitonirrojim..Bismillahirohmanirrohim..
    Subhanallah walhamdulillah,ashhadualla illa hailla anta.Subhanaka inni kuntum minnazzalimin..

    Assalamualaikum para pembaca dan para editor laman ini khususnya kepada hamba-hamba Allah yang ada mempunyai masalah.
    Saya terasa terpanggil disini setelah membaca masalah ida aziz.
    Dalam dunia kita,tidak terlepas dari masalah seperti ini kerana perasaan yang tidak baik dalam diri kita.Sesungguhnya Allah berjanji bahawa didalam dunia ini tiada penyakit yang tidak boleh di ubati kecuali maut.

    Pada cik ida,bolehkah saya tahu lebih lanjut masalah yang dihadapi oleh atuk anda seperti apakah tanda-tanda yang terdapat pada nya.tempoh terkena penyakit ini dll??
    Saya hanyalah hamba Allah yang kerdil yang cuma mampu berikhtiar untuk membantu.

    Sesungguhnya Al-Quran yang dibawa oleh Muhammad s.w.t yang juga diturunkan oleh Allah kepada nya mempunyai bermacam hikmah dan kegunaan.

    Sebaik-baik akidah,membantu orang yang benar-benar memerlukan pertolongan.

    HambA AllaH
    Pengamal perubatan Islam.

    Wassalam

  5. al hafiz Says:

    salam ida
    dimanakah ida tinggal?atuk di sana juga ke?

  6. venomie Says:

    Salam semua, saya memerlukan sangat pertolongan daripada tuan-tuan semua..mak saya di Muar tengah sakit teruk, meracau-racau..macam-macam ubat dah makan, bila refer kat hospital, doktor refer kat kaunseling (?)..

    melalui perubatan kampung, pawang ada bagitau dalam badan mak ada ‘benda’ yang menumpang badan mak..dan benda tu ada orang hantar dan tanam depan rumah…mak saya dah tak tentu arah sekarang..

    tolonglah tuan-tuan..saya boleh dihubungi di no 019 6487808..kesian dekat mak saya..sampai hati orangyang dengki sangat kat mak saya..

  7. badariyah din Says:

    assalamualaikum
    saya sedang menghadapi suatu keadaan dimana ibu saya sakit tua tetapi apa yang meragukan saya ialah saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan ibu saya . dia suka bersembang seorang diri dalam tidurnya. sudah lama saya perhatikan tingkahlakunya.
    tolonglah saya

  8. assalammualaikum,

    sy baru lepas kena buatan org, alhamdulillah kini sudah tiada tetapi pada mula2 nya sy tetap berkeras hati kerana luaran sy masih terasa ada yg ikot, yg cubit, yg cucuk2 seperti jarum panas, setelah bertanya ke beberapa org dikatakan ada seorg budak yg masih mengikut sy dan mereka berkata bukan dr sihir tetapi budak ni dtg utk menguji ketahanan badan sebelum sy diturunkan ilmu- saka la kot. sy betul2 x tau ape nk buat. mcm2 cara dh buat supaya budak ni pergi, tetapi tetap berkeras. bdn sy bukan je lebam ke cucuk ke…cubit ke..tetapi jantung sy kadang2 mcm direntap; selain itu 3 kali sy bangun gusi depan sy berdarah setelah seseorg di indo bertanyakan hal tentang sy, mereka berkata bende sama. Budak ni mmg susah nk pergi ambil masa, dan mmg ada bende yg akan dtg kt sy lepas itu. dgn penjelasan yg x seberapa sy puas hati, mama telah memberitahu perihal ni kepada adiknya, dan adik nya berkata kes sy sama dgn kes anak sedaranya, mmg sakit dicucuk2 di pinggang, tengkok, tapak kaki….tapi budak ni akan pergi setelah anak sedara nya terima apa yg dtg selepas itu ..iaitu 3 ekor harimau. so mak sedara sy sarankan amik dulu bagi mengelakkan kesakitan yg sy alami nanti baru buang. so apekah cadangan anda semua? sy betul2 x tau ape nk buat😦 sy mau hidup biasa sahaja ….x nk berkwn dgn makhluk2 sebegini, risau nanti terpesong agama semua. sy mohon pertolongan dan pendapat. Terima kasih.

  9. salam..saya ingin mendapat kepastian apa itu yang disebut akuan harimau? saya dimaklumkan bahawa keluarga sebelah ayah saya mempunyai harimau ini.

  10. Ramli samsuri Says:

    Assalammualaikum,

    Untuk makluman saudara, sebelum ini saya sudah berhabis lebih beribu $ KL & Melaka, cuba membuang saka dalam diri saya tetapi gagal.

    Saya rasa seperti hidup ini telah berakhir, saya jadi malas dan hilang ghairah untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam hidup. Keadaan saya sekarang malas solat, berat berbuat kebajikan, rezeki terumbang ambing, dsb.

    Saya ingin memohon bantuan daripada perawat yang benar2 ikhlas menolong, dan bukan meletakkan sebarang harga untuk kos rawatan yang masuk beribu ringgit. Saya pernah berubat di Melaka, $600 untuk 1 kali rawatan, kesemuanya 10 sesi rawatan. Di KL pula $800 untuk 1 sesi. Sekarang saya dah tak mampu untuk membayar sebegitu tinggi.

    Keluarga sebelah datuk saya memang ramai yang menjadi bomoh dan memang diketahui ramai betapa ngeri saat2 mereka meninggal. Saya takut menghadapi semua ini dan semakin takut menjadi diri saya sendiri.

    Sekian, terimakasih.

  11. Assalamualaikum, saya dapat tahu dari pada seorang hamba Allah yg saya dan keluarga saya ada saka, tapi mereka tak la sangat mcm apa yg di katakan dalam laman web ini, bila saya baca laman ini apa yg di tulis semuaya ada dalam diri saya, saya sukar tido malam dan selalu rasa seram sejuk bila hendak tido kadangkala saya rasa sampai ada sesuata yg hendak terjadi dan rasa macam jantung saya hendak terlepas keluar.. sering kali saya sakit tapi makan ubot pun tak semboh, saya sering pikik dan pana beran asik nak gaduh dgn sesiapa dan lepas lima minit saya menangis sendiri, saya selalu mimpi buruk, mimpi saya sering di sihir org atau pun ada org yg hendak masukkan saya di dialam kubur… sudah dua tahun saya berumahtangga, tapi sukar saya mendapatkan zuriat. kemana mana saya pergi doktor cakap saya tak ada apa apa penyakit saya boleh ada anak, mungkin juga Allah belum nak kasi saya rezeki.. saya tak tahu harus bagaimana lagi mana mana saya pergi tapi mereka tak dapat mengatasinya. saya harap anda boleh tolong saya dalam masalah ini…sekarang ini saya terserah semuanya kepada Allah yg maha besar..

  12. saya dah tunang tp tiba2 tunang saya kat dia nak putus .saya cari jalan bertamu org yang berilmu dia kata tunang saya dia buat orang dgn ilmu saka saya tk faham adakah saka boleh buat jadi pegasih

  13. tlg lar keluarga saya..
    saya mempunyai ayah yg sedang sakit.. tak bleh berjln dan bercakap.. tak bleh menulis lagi.. bahasa isyarat tak dapat difahami..dulu dia adalah salah seorang pengamal perubatan tradisional.. di khuatiri mempunyai saka atau benda2 lain seperti susuk..
    sekarang ni hidup kami tak tenang.. sering di ganggu.. kekadang terdengar org menangis, menyanyi..
    kata orang saya adalah pewarisnye.. saya tak nak.. tlg lar ustaz…
    dah byk saya jumpa dan ikhtiar..
    bantu lar saya

  14. http://darulsaka.blogspot.com/

    pembuang saka @ santau no 1

    malaysia, brunei, idonesia, singapore

    maybe in madagascar

  15. assalamualaikum.
    ust, bagaimanakah cara untuk saya mengenalpasti samaada saya mempunyai saka atau tidak? kerana ada yang mengatakan saya menpunyai saka tetapi saya sendiri pun tidak pasti. bagaimanakah cara untuk membuang saka tersebut?

  16. Assalammualaikum…

    bagi pendapat saya persoalan tentang saka atau hantu ini tidak masuk diakal,kerana bagi org yang ada saka,mereka tidak pasti samada mereka benar2 memilikinya atau hanya satu khayalan.ini terjadi pada diri saya sendiri dimana saya mengetahui sesuatu sebelum ianya berlaku,contohnya sebelum berlaku kemalangan,saya telah mendapat alamatnya dahulu,adakah saya memiliki saka?bukan itu sahaja,malahan byk perkara2 buruk yang akan berlaku ke atas saya atau org sekeliling,saya akan mengetahuinya dahulu,termasuk kematian…saya bingung dalam hal ini,ada sesiapa mahu beritahu saya apa sebenarnya terjadi pada saya.

  17. Abah saya asyik mengadu sakit dalam perut sekarang ini.asalnya kena kayap.dah berubat.tapi sekarang ni dia mengadu sakit sangat dalam perut. sudah lama dia tidka membuang air besar.doctor pun sudah habis ikhtias.ubat bagi mudah berak, drip air ke badan dan segala jenis ubat kayap dan ubat ubatan yang lain semua sudah diberi namun abah saya syik mengerang kesakitan.saya kesiankan ibu saya yang menjaga abah saya, asyik kena marah saja dengan abah saya.sudah la abah saya akan mengamuk apabila dia tengok ibu saya tiada di sebelahnya apabila dia terjaga…jenuh ibu saya kena duduk berkepit dengan abah saya saja…

    ada kaedah terbaik tak untuk penyakit abah saya ini?

    teirma kasih.

  18. puan haizan Says:

    salam
    saya tnggal di subang berhampiran airport lama…pusat perubatan islam manakah yg terdekat dgn kediaman saya dan boleh saya dapatkan waktu rawatan….sekian

  19. muhammad farhan Says:

    pengguna ayat salah “Sesungguhnya Al-Quran yang dibawa oleh Muhammad ‘s.w.t’-pembetulan’s.a.w’ yang juga diturunkan oleh Allah kepada nya mempunyai bermacam hikmah dan kegunaan.”–mintak orang yang berkenaan perbetulan ejaan di atas….

  20. saya pernah berubat membuang saka yang diwarisi dari moyang saya yang berbangsa India. Tapi saya masih mengalamai tanda-tanda saka macamana saya nak pastikan say telah bebas dari saka?

  21. salam..saya ingin bertanye kpd sesiape yg arif di cni..saya mempunyai masalah gangguan ketika tdo n ketika sedar..cthnya mase tdo sy pnah bermimpi dgigit buaya, anjing, ular n kelawar, sy juga pnah bermimpi ulat bulu penuh satu badan, pergi ke perkampungan bunian yg semuanya beragama buddha, mendapat bayi kemudian saya menyusukannya, sering bermimpi rumah lama n sekolah rendah wlpn saya dh berpuluh tahun tggl di rumah skrg n dh pon masuk universiti, selalu mimpi arwah atuk dan byk lagi mimpi2 yg pelik..selain tu, sy sukar tdo mlm kerana terase sprti ade bnde nk hempap sy n melintas dpn sy, selalu sgt cramp sblh bdn time tido, bl bgn pg sy terpakse jinjat kaki kerana tapak kaki akan rase sengal bl sentuh lantai n lepas mndi baru boleh jln mcm biase..masa kcik2 dulu sy kuat menangis n sgt sensitif..bl besar sy jd seorg yg ego, panas baran n suke pandang negatif dkt org lain..baru2 nh sy mengalami bengkak pd bhagn mate especially waktu mgrib ke ats n bl check doc pakar ckp mate sy normal n sehat..sy sgt keliru ape sbnrnye punca sgla mslh nh..samada sebab sihir, santau, saka atau sbgnye..sy juga merupakan pesilat..adakah sume nh dtg dr silat? so..sy memerlukan penjelasan n nasihat dr sesape yg arif..hopefully segala kekusutan ini dpt penyelesaian..tq..

  22. Salam..
    Sye ada kemusykilan yg ingin sy tanyerkan.

    1) apakah tujuan atau niat seseorang itu biler mereka memberitahu mereka mempunyai saka harimau?

    2) sye ingin tahu bgaimana caranyer utk sye yakinkan ibu sye bahawa salah seorang kwnnyer ada niat x baik terhadap ibu sye?

    3) sye harap ada pihak yg sudi utk membantu
    utk menjawab pertanyaan sye.

    Wassalam

  23. hanna zainal Says:

    salam… bley sy dptkan no hp mana ustaz yg bleh buang kan saka harimau keturunan sy? sy pernah buang dgn saka ni, tapi still tak baik lagi…!! sy tak idup mcm ni, sy da tak tahan lagi lagi dgn kehipan mcm ni…!! pernah 1 ketika dulu , masa sy berubat , sy mgaum mcm harimau, merangkak seakan harimau…
    ape patt sy lakukan.. mcmana nk buang saka ni…??

  24. assalamualaikum.
    sebut tentang saka ni naik risau jugak.sebabnya arwah datuk dan opah2 teman ramai yang mempunyainya.nak buang bukan lah senang.dah buang pun datang lagi.teman sendiri penah saka cuba menyerap masuk tetapi sebab kuat semangat dan tak mau terima amalan2 ni maka ia pergi mencari tempat untuk ianya menumpang.biasanya saka suka masuk kepada mereka yang tak solat dan tak kuat semangat.cari ustaz yang benar2 mengetahui bagaimana untuk membuangnya jgn mintak daripada org2 yg suka memandai2 tunjukk bijak. bendani makhluk halus maka beringatlah.bersihkan diri jgn suka mendekati benda2 begini.yang sudah lepas tu biarlah berlalu.masyarat dahulu ramai yang jahil tentang segalanya ini.kita yang telah mengetahui dosa dan pahalanya maka beringatlah.kini bahagia tanpa saka.alhamdulillah.

  25. askum,sy nk bertanye,mula2 sy mmg tak percaya sume ni tp lps sy pg berubat sebyk 3kali ditempt yg berlainan,jawapan yg sama diberikan mareka mengatakan sy mempunyai saka.
    ape yg merungsingkan,sy rasa benda tu dah sebati dgn sy dan rasa syg pd benda tu..
    seolah2 die menjaga sy tp dlm masa yg sama sy takut.mcm2 perkara pelik berlaku pd sy tp sy tak bagi tahu suami..takot die anggap sy gila.sy dah kawin slama 3tahun tp tak ade anak lg..sy pelik,bila jumpe doctor,takde sebarang masalah pada kami berdua.tapi kenapa sy tak bole mengandung lg..berkenaan sex,suami sy selalu mengadu kalah diranjang sebab katanye sy ni terlalu kuat sex smpai tak sanggup nak layan sy.
    suatu ari,masa sy tgk tv dirumah dgn suami,satu lembaga putih lalu sepintas didepan kami.suami sy terkejut dn sy terpaksa beritahu sume perkara ni dan kami mula berubat.tp smpai sekarang saka tu takboleh dibuang…saya buntu..

    • tolong sy…
      sy mengaku salah,memang sy yg terima saka ni dr arwah atok sy tp dlm keadaan sy tak sanggup tgk atok mcm susah nk hembus nafas terakhir.masa tu,sy cium tangan atok dan becakap dlm hati yg sy sanggup terima ape saje asalkan atok tak teseksa mcm ni…masa tu umo sy bru 18tahun..sy tak sangka benda tu benar2 wujud.sy kusut skrg ni…bile sy fikir2kan,maknanye sy terima benda tu dgn kerelaan hati sy,apa aku dah buat ni…tolong sy,sume ni salah sy.mungkin sbb tu saka ni susah nak dibuang….tolong saya…..

  26. salam, saya x pasti samada sy ada saka atau tidak, tetapi sy selalu bermimpi mcm2 spt budak kecil yg nak dtg ke arah sy, budak kecil dlm perut sy, budak kecil yg sy pegang tp sy baling jauh ke bwh tp sy lari mengambilnya semula, mimpi seorg wanita memasukkan bayi ke dlm perut sy, mimpi ular yg terbang ke arah sy,mimpi ular yg tutup muka sy, mimpi anjing, mimpi tikus, mimpi kutu, mimpi lintah, mimpi arwah emak yg selalu pandang sy dan kata ‘ jaga diri baik2 ‘ , mimpi sy bawa arwah emak balik ke kg halamannya, mimpi laut dan byk lagi..kekadang sy rasa mcm sy sdn baca novel thriller pulak..setengah dr dlm mimpi itu sy berjuang melawannya dgn membaca surah al-Quran & kekadang sy mendgr ada ‘suara’ yg menyuruh sy membaca ayat 3 Qul & menyuruh sy AZAN, sekrg anak sulung sy pulak kerap bermimpi arwah emak sy tu..mimpi kami lebih kurang sama…boleh ke pihak tuan memberi penjelasan atas masalah ini…tq & wasalam.

  27. sya x pasti klu2 saya didampingi saka hariamau atau apa jenis skalipun. cuma nya, byk tanda2 yg disenarai didlm blog ini ada pd sya. dan perkara ini sudah lma blaku dlm idup sya sjk di bangku skolah.

    1. sya slalu didatangi pelbagai mimpi aneh dan setiap mimpi itu seolah2 sya paham akan maksud mimpi itu sendiri. misalnya, mimpi ular itam ( sgt kerap) mimpi ular kuning emas dan mimpi didatangi harimau belang dan harimau putih. dan baru2 ini sya mimpi sedang bermain dgn anak harimau sedang kn seblm tdow lgsg x terlintas memikirkn ttg nya.

    2. pernah seblm ini sya mimpi berada di sebuah rumah sebesar istana dan terdapat pesta didalam nya. dan tiba2 muncul seorg wanita yg sgt cantik b’bju dress, rmbt ikal pjg. wanita itu memakai anting2 jenis berurai labuh dan saat dia dtg pd sya, dia membuka 1 anting2 nya dan memberi pd sya. ketika itu sya ambil kerana dia menarik tgn sya dan m’buka tapak tgn sya dan meletakkn anting2 itu dlm genggaman sya.
    bila sya sedar dr mimpi itu, tgn sya seolah2 mengenggam sesuatu.

    3. baru2 ini sya selalu sakit kepala, migrain, sakit bahu n tengkuk. sukar tdow ( selewat 2,3 pg kadang sedangkn tidak tdo ptg ) selalu berasa cemas, sedikit murung, kdg2 sedih secara tiba2.

    ada kah saya didampingi saka?? sila jelas kn kerana sedikit rasa gusar.

  28. Ingin bertanya kepada sesiapa yang arif disini.
    Kerapkali mimpi saya sebelum ini,pasti berkaitan dgn Indonesia/Jawa. Apakah saya ada kaitan dgn sesuatu ??

    Semalam Saya bermimpi berada di pementasan kuda kepang. Di dalam mimpi itu saya sebagai bomoh pemulihan kuda kepang. Selesai pementasan, saya pergi memancing ikan di belakang rumah .. ikan nya banyak sekali. Kail saya mengena.. lalu ditarik keatas. Alangkah terperanjat, kail yg terkena bukanya ikan, tetapi adik lelaki saya sendiri. Saya memohon maaf kepada adik saya. ( Dulu kawasan ini, belukar kecil dibelakang rumah saya dan diwaktu kecil dahulu saya pernah memancing disitu ). Lantas dengan tiba2 muncul beberapa kuda kepang disitu. Penunggang2 kuda kepang itu berpakaian jawa.. Dengan wajah yang garang mereka datang untuk menghukum saya. Saya duduk melutut dan tunduk ketanah memohon maaf… kepala saya dipijak kuda kepang hingga terbenam kedalam tanah lalu saya meninggal dunia. Kerana mengingati kematian saya.. ibu dan adik meletakkan gambar, lilin, telur dan juga sepinggan beras ditempat kematian saya. Aneh… gambar yang diletakkan ibu bukanlah gambar saya .. tapi gambar seorang gadis berbangsa jawa ( dari cara pakaian dan sanggulnya ). Lalu saya tejaga.. saya merasa keliru dengan mimpi2 saya.

  29. saya cadangkan, kesemua orang yang mengahadapi masalah saka serta masalah dengan gangguan, berjumpalah dengan Dato’ Harun Din atau anak murid beliau, ini kerana dengan kuase Allah segala penyakit akan sembuh…dari pemerhatian saya Dato Harun Din mungkin salah seorang hamba Allah yang mungkin sangat mustajab doa nya di sisi Allah.

  30. seaorg ustat dimana saya berubat telah meminta menyediakan barang seperti berikut..1. ayam panggang 2. pulut kuning 3.air mawar 4.7 jenis bunga 4. burung 5. limau purut.

    saya ingin meminta pendapat sesiapa yg mahir adakah ia lari dari akidah dan betul ke ini antara cara hendak membuang saka ini

  31. Assalamualaikum,
    Sy ingin bertanya masalah sy.
    Sejak kebelakangan ini, sy sering mendapat bayangan (vision) seketul daging yg merah dan segar, tiba2 menjadi kecut dan buruk. Setiap kali sy mendapat bayangan itu, sy berasa hendak muntah.
    Apakah punca masalah sy ini?

  32. salam,
    Saya baru lepas buang saka,setelah mengalami bertahun.Saya dah kahwin tiga tahun,setiap kali mengandung mesti gugur.Sudah byk tempat saya berubat,mereka cakap ada benda jentik kandungan saya dan ada saka dr keturunan.Saya tak percaya.Sehingga saya melakukan X-ray HSG nampak dalam perut saya ada macam sesarang.Doktor pun pelik.Atasa bantuan ihsan yang mulia nie,dia bantu saya dengan ikhlas tanpa minta apa2 bayaran.Dia hanya bg saya minum air dengan bacaan al-quran..saya muntah keluar tulang dan daging serta seperti lendir2 putih telur.Darah jua keluar melalui hidung saya.Saya muntah banyak sgt2 hanya kuuar benda itu.Alhamdulilah ,saya kini ok dan dpt hidup dengan tenang

  33. nurhidayah Says:

    salam semua. saya menghadapi “gangguan”, dah bertahun2 dan tengah berubat. Alhamdulillah sekarang beransur pulih. Nasihat saya kalau nak berubat carilah ustaz bukannya bomoh, kalau ustazpun study dulu caranya sebab saya pernah jumpa ustaz yg juga guna kadam untuk berubat. Sepatutnya carilah ustaz yg mengubat menggunakan ayat Al Quran supaya kita tidak terpesong, mintalah kpd Allah dan bukannya kpd jin. cadangan saya berubatlah di DarulShifa’. Darussalam, Terapi AlQuranDarul Hikmah, Pusat Ikhtiar & Tawakal Al Aziz dan banyak lagi yg ok. Ingatlah sekali berubat kalau tak sembuh jangan ingat ustaz tak bagus kerana mereka hanya membantu Allah yg menyembuhkan, kena byk bersabar dan sentiasa usaha..

  34. ustaz saya selalu sakit badan dan selalu mimpi yang sama
    waktu saya balik kg saya terasa ade yang mengikut saya balik
    rumah saya tak pasti adakah benda halus yang ade dalam badan
    saya
    dekat rumah saya tak boleh nak dengar ayat2 suci
    saya bila nak sembahyang saya nak pitam
    ape boleh saya buat ustaz

  35. Assalam .. saya pernah bermimpi mendukung bayi di tepi laut. Bila saya palingkan bayi tu arah laut, ade seekor ular kecil warna emas keluar dari air. Kemudian saya palingkan bayi tu arah lain. Kali kedua saya paling kan bayi tu arah laut, ada seekor ular lg yg sederhana besar keluar dari air. Saya palingkan lg bayi tu arah lain. Kali ketiga, saya palingkan lg bayi tu ke arah laut & keluar lg ular dari air tu. Kali ni ular tu warna hitam & sangat2 besar. Pertama kali dlm hidup saya tgok ular sebesar tu. ular tu menatap saya dengan pandangan tajam. Yg saya ingat, mata ular tu warna biru bersinar-sinar. saya peluk bayi tu kuat2 dan palingkan badan arah belakang sebab takut tgok ular tu.. Ustaz, apa maksud mimpi saya tu? Saya penah tanya pendapat pensyarah sy. Sebelum tu, dia ade tanya apa yg saya beli baru2 niy? Benda tu sepatutnya xdibeli tp sy beli jgak. Sy tak tau dan sy terfikir, apa kaitan apa yg sy beli dgn mimpi tu. Pensyarah tu kata, kemungkinan ade jin yg ingin berdamping dgn saya. Saya harap ustaz dpt bantu memberi pandangan mengenai mimpi saya niy.. Terima kasih . Salam.

  36. Amal Zamani Says:

    Assalamualaikum,
    sy nk tye ckt la..ad jgk tanda2 yg dtulis d atas sy alami n ad jgk yg x…tp sy still x tau smeade sy ni ad saka ke x. Mse sy kecik dlu, mmg sy ad mmpi arwah moyang sy mempunyai harimau putih kecil (tp sy x tau tu btul2 dia bela ke atau saka ke etc2, maklumlah memori mse kecik kureng sket igt)
    sy skg duk ngn kwn2 n ad kwn seblilik ngn sy tu mmg sy dh tau dia ad saka…sbb ad kes dlu dia kne rasuk saka belut…smpai bukak silat la, silat keris la etc2 (kwn sy tpelanting kt dinding dbuatnye haha) sy start curiga sy ad saka lame dh tp x tau btul ke x..sy susa ckit tdo mlm kcuali btul2 pnt…rse cam ad bnda sdg memerhati sy, gnguan mlm2 tu sy dh cm biase…budak ngis etc2….member sblik sy yg ad saka tu pernah pnjm duit sy rm2000 ngn sy..dia kte utk pmbiayaan adikny lah…ntah btul ke x sbb dia ni pmbohong tp sy dh kwn ngn dia lme….dkt stahun gak la…n smpai ke hrini dia x byr lgi…smlm sy tye bila nk byr tp dia kte dia x mpu lg nk byr mse ni…ble sy dgr dia kte cm2 sy panas lah..smpai sy ad niat nk bunuh dia mse dia tgh tdo..sy x kte ape2 kt dia..sy bring n lalu trus bmimpi..ad seorg yg menggesa sy belajar silat, ad maklhuk yg berupa ptung cm syaitan/jin, seorg wanita cantik tetapi sebelah mukany hodoh hancur,and satu makhluk yg merangkak mukanya seperti separuh manusia separuh anjing berambut panjang…sy cuba nk bce ayat2 al-quran tp susah sgt..sy cuba bce lah bce Ya Hasib (nama-nama Allah) byk kali alhamdulillah lepas dr mmpi tu..sy terus bangun lalu tdo d luar bilik..
    Dulu, sy pernah jugak jmpe ustaz sorg dri pd wktu malam borak2..mse sy smpai n bsalaman ngn ustaz, dia bertanya..”sape dlm kete sorg lg tu? kwn awak ke?” sy pn hairan lah..ustaz tu smbung “suh dia balik sy x nk tgk dia kt cni!” pulak sy kne mrh…=.=”
    sy ad cite mslh sy kt dia tp sy kurang percaya bnda2 ni..
    saya nk kn pengesahan smada sy ni btul2 ad saka atau hye illusi sy je?

  37. saya ada hampir semua tanda tanda yang dikatakan. Bapak saya menurunkan saka kepada saya waktu umur saya 12 tahun dan hanya beberapa tahun yang lepas saya diberitahu.
    Saya pernah hilang akal dan dimasukkan ke hospital gila selama 3 bulan. Saya tidak ingat apa apa yang terjadi semasa saya di hospital,bagai switch saya di matikan.
    Bapa saya kata ini jin islam tak ada pantang larang dan saya tak perlu buat apa apa.Dan ia hanya menjaga saya. Adakah ini benar dan berdosa. Saya tidak pernah melihatnya tapi bapa saya kata badannya berbulu seperti monyet. saka apakah ini?
    Bagaimana boleh saya mengeluarkan saka tersebut?
    Bolehkah orang lain nampak saka ini?

    • exposemistik Says:

      Orang biasa tidak nampak saka tersebut, melainkan orang yang berilmu tinggi boleh nampak. Nak keluarkan saka, memang sukar dan sulit sekali. Kalau refer pada pusat perubatan, mesti duit banyak habis keluar. cara yang boleh saya nasihatkan, adalah kuatkan iman diri dengan cara solat 5 waktu, zikir selalu, baca al-quran dan mohon doa perlindunganNya.

  38. Assalamualiakum/
    sy ingin bertanya tntang masalah saya,
    swaktu di asrama sya sring brjln swktu sya tdur,
    dan sering brmimpi brjmpa dngn harimau,
    malah sya prnah brjmpa dngn pkar rwatan tradisional,nmun prkra ini brulang jga..
    sya prnah mracau dan org yg mngubat sya mngata kan ada seekor
    harimau disbelah sya swktu kjadian…
    dan sya prnah brmmipi brjmpa dngn guru silat tpi sya lupa glaran nya yg ingin mmbri spasang baju silat, keris dan shelai kain bengkong brwrna merah…
    slama ini sya ingat mmpi brsilat hnya prkra biasa sahaj..
    adakah ini pnurunan ilmu silat dan saka dlm 7 warisan??

    • exposemistik Says:

      salam.

      dalam penerangan di atas, memang ya. biasanya, saka yang ingin diwariskan datang dalam berbagai2 bentuk. antaranya, ilmu silat.

  39. assalamualaiku,saya kan mahu tahu apa perbezaan saka dengan santau (ilmu hitam)..seperti santau yang menggunakan rempah orang-orang meningal dunia…dan di tanam/di simpan di bawah tanah atau tempat-tempat rendah…sekian,terima kasih.

    • exposemistik Says:

      salam. terdapat pelbagai jenis santau. antaranya, guna rempah, tanam bawah tanah, santau kaca, santau duri dan sebagainya. Malah, santau ini menggunakan khidmat jin untuk menyakiti seseorang dengan memuja patung mangsa. Saka adalah jin peliharaan secara waris turun temurun, dengan tujuan untuk melindungi diri dan keluarga dari sebarang gangguan manusia dan jin, tetapi harus menyediakan syarat2 tertentu untuk saka tersebut setia berdamping dengan waris itu.

  40. saya cuma mahu tahu tanda2 dukun yg memelihara saka di wajahnya, tubuh badannya, di rumahnya, di duitnya. sgt baik jika ramai yg tahu.

    • exposemistik Says:

      tanda2 dukunn/pawang/bomoh (termasuk yang mengaku ustaz) yang menggunakan saka/pendamping sebagai bantuan rawatan perubatan, adalah begitu mudah. Pertama, dia akan meminta tolong khidmat pendamping untuk merawat seseorang yang terkena santau, boleh meramal siapa yang melakukan santau. Kedua, di rumah kalau terdapat kain kuning/pedang/keris dalam rawatan. Ketiga, bacaan ayat-ayat al-quran tidak jelas kedengaran ketika dalam rawatan. Itu yang utamanya.

  41. bagaimana mengenali muka org yg ada saka jahat?

    • exposemistik Says:

      bagi orang biasa, adalah mustahil untuk mengenali seseorang yang ada saka. Dalam Islam, tidak ada saka baik atau saka jahat.

    • muka nampak resah dan redup serta anak mata nampak tajan

      • dia orang tak suka bergaul dan bersikap berdiam diri…..kalau bercakap pandangan anak matanya di bahagian tepi mata kelihatan tajan……. kadang2 dia orang sendiri pun tak tahu yang dirinya ada saka ……

  42. Mencari Nur Kasih Says:

    Assalamualaikum..saya mempunyai tanda2 kehadiran saka didalam badan saya.Salah satunya,saya tidak dapat menahan sabar dan cepat marah.Saya tidak tahu bagaimana saya boleh membuka ruang@lubang membenarkan diri saya dirasuk jika kemarahan saya ditahap maksimum.Saya mempunyai sejarah dirasuk.Malah saya telah pergi berubat/rukyah dibeberapa tempat tetapi belum diizinkan Allah untuk sembuh.
    Baru2 ini saya telah bermimpi saya menolong 2 orang budak kecil berumur 3 atau 5 tahun membuang air kecil.Kedua2nya adalah budak lelaki.Dalam mimpi saya itu,saya menolong seorang wanita yang 2 orang anaknya ini ingin membuang air kecil..lantas saya bawa kedua2 budak itu menaiki motor dan mencari tandas.Saya tunggu diluar tandas sementara 2 orang budak itu melepaskan hajat mereka.Apakah maksud sebenar mimpi saya itu?Apakah memang saya telah menerima saka?

  43. sya penh bermimpi seekor ular yg abby besar melilit badan sya…..dan kepala ular itu berhadapan dgn sya…tapi sya x mrasa apa pun yg skit kat bdn sya…dan ular melilit sya…….apakah mksdny tu…aw hep dpt jwpn nya…..

    • exposemistik Says:

      maksudnya, tafsiran ini mungkin saudari ada gangguan yang ingin mendekati anda. sila rujuk kepada pengamal perubatan Islam.

  44. sEkadar hAmba Says:

    Assalam semua..spnjang pngetahuan n kajian sy pnyakit berkaitan ‘saka’ ini sbnrnya xdpt dirawat secara brkesan krn ‘saka’ sbnrnya tlah sbti dlm drah sseorg..ape yg boleh d kongsi adalah buat sberapa amalan zikir yg di pelajari agar dpt mnghindar akibat yg brbahaya dari ‘saka’ ini…insyallah..allahhualam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: