Posted in Uncategorized on April 30, 2013 by exposemistik

Salam kepada pengunjung Blog Expose Mistik.

Admin bercadang untuk membawa masuk pengamal perubatan Islam dari Medan,Indonesia.

Namanya Ust Pak Budi dan kami bertemu di Medan sewaktu kujungan admin ke sana.

Rawatan perubatan ustaz ini katanya mahu diberikan secara gratis (percuma).

Memandangkan hajat ustaz ini ingin menjejakkan kaki di Malaysia tidak kesampaian oleh kerana ketiadaan passport.

Jadi, cadangan admin untuk menghulurkan sumbangan ikhlas agar hajat dan niat untuk membantu kepada pesakit-pesakit yang memerlukan diharap tercapai.

Sumbangan yang dihulurkan anda dapat membantu urusan passport dan biaya tanggungan sepanjang berada di malaysia.

Pihak admin akan menjelajah ke setiap pelusuk negeri untuk memberi rawatan alternatif bagi mereka yang memerlukan di mana lokasi dalam perancangan.

Sesiapa yang budiman, boleh hulurkan sumbangan pada admin di 2170020051198 untuk admin melakukan langkah yang seterusnya.

Sekian, terima kasih

GANGGUAN SAKA DAN MAKHLUK HALUS

Posted in Uncategorized on April 26, 2013 by exposemistik

Salam kepada pengunjung blog expose mistik.

Adakah masih ramai yang mengalami gangguan ini?

Sila utarakan pandangan dan masalah anda di ruangan ini.

Jika terlalu peribadi, emailkan kepada admin expose mistik di massa_shah@yahoo.com.my

Sokongan anda amat dihargai.

Sekian.

BLOG EXPOSE MISTIK SEDANG DIKEMASKINI

Posted in Uncategorized on October 12, 2012 by exposemistik

Salam kepada pengunjung blog Expose Mistik.

Untuk makluman, laman blog masih dalam perancangan untuk dikemaskini.

Ada apa-apa cadangan menarik yang hendak dikemukakan agar laman blog Expose Mistik menjadi sumber untuk mendapatkan informasi mengenai perkara-perkara mistik.

Harap ada cadangan.

Jumpa lagi.

 

Sekian.

Admin

 

MISTIK KINI CECAH 48,000 VIEWERS…

Posted in Uncategorized on April 12, 2012 by exposemistik

Salam kepada rakan-rakan di luar sana.

 

Segala mohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini laman blog ini ekoran kerja yang membataskan saya untuk menulis.

Untuk pengetahuan pembaca, laman ini telahpun mencecah 48000 viewers. Mungkin tidak seperti blog-blog yang lain, bagi saya untuk mendapat jumlah seperti ini pun, menunjukkan tanda sokongan dan minat anda semua mengenai dunia perubatan mistik.

Saya juga mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan dari anda semua, untuk blog ini terus hidup dan menjadi rujukan alternatif.

Insyallah, mulai saat ini, saya akan aktif menulis untuk tatapan anda.

Tinggalkan cadangan dan komen anda.

 

Sekian terima kasih.

 

EXPOSE MISTIK: SANTAU

Posted in SANTAU on February 7, 2009 by exposemistik

Oleh: Expose Mistik

Santau adalah ilmu hitam yang digunakan untuk menyihir seseorang.

Santau adalah ilmu hitam yang digunakan untuk menyihir seseorang.

Muqadimmah

Menurut perawat tradisional, tidak menyatakan perbezaan yang jelas di antara santau dan racun.

Ramai berpendapat bahawa santau dan racun adalah sama, manakala rawatannya juga adalah sama, hanya terdapat beberapa ciri perbezaan bagi menentukan orang itu samada terkena santau atau racun.

Kesan racun dapat dikesan dalam masa yang singkat sejurus sahaja termakan atau terminum racun, mangsa akan menderita serta-merta.

Manakala kesan santau hanya dapat di kesan dalam masa yang agak lama.

Mangsa tidak akan menyedari melainkan mangsa memakan limau nipis atau memakan nenas dibuat dengan bahan-bahan semula jadi seperti akar-akar kayu (racun tradisional) manakala santau berlainan dari cara pembuatan racun.

Jenis-Jenis Santau

Santau terbahagi kepada 2 jenis:

1. Santau yang diperbuat daripada bahan biasa dan diberi secara langsung kepada mangsa seperti di letak ke dalam makanan dan minuman.

Ia tidak berkait dengan pemujaan jin dan syaitan.

Ini agak mudah diubati.

2. Santau yang disertai dengan pemujaan jin dan syaitan.

Santau ini juga dikenali sebagai ‘santau angin’.

Santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang mempunyai sayap.

Jin tersebut mampu terbang di udara, biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Tanda-Tanda Terkena Santau

1. Batuk berterusan, batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti habuk-habuk kaca.

2. Keluar darah yang berpanjangan bagi wanita kadangkala 1 bulan atau lebih.

3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu maghrib dan malam jumaat, kadangkala sakit akan menjadi lebih kritikal ketika hampir waktu solat jumaat.

4. Sakit dan sesak nafas terutamanya pada waktu maghrib.

5. Lenguh seluruh anggota badan.

6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

8. Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.

9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusukannya.

11. Mimpi binatang menakutkan seperti ular.

12. Mimpi bertemu ketua agama-agama lain dan mimpi pergi ke tempat ibadah mereka.

Kesan-Kesan Santau

1. Boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.

2. Hilang daya ingatan.

3. Kulit merekah dan keluar air bisa dan nanah.

4. Berubah sifat seperti sifat sabar menjadi panas baran.

5. Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.

6. Gugur bulu-bulu pada badan.

7. Kelopak mata menjadi hitam akibat dari tidur yang sering terganggu.

8. Kanser dan ketumbuhan.

9. Keguguran bayi.

expose-mistik-season-3-cover-24

JIKA ANDA MEMPUNYAI ANTARA SIMPTOM-SIMPTOM INI, SEGARA BERJUMPA DENGAN PENGAMAL PERUBATAN ISLAM.

EXPOSE MISTIK: SAKA

Posted in SAKA on February 6, 2009 by exposemistik

Oleh: Expose Mistik

Saka adalah jin.

Saka Harimau antara saka yang paling popular.


Definisi

SAKA adalah jin yang berada di dalam tubuh manusia yang diwarisi turun temurun yang telah sebati di dalam tubuh manusia tersebut.

Ia berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak.

Jin tersebut diwarisi apabila nenek moyang mereka telah meninggal dunia.

Saka terdiri daripada jin-jin seperti hantu raya dan pelesit.

Siapakah Yang Menjadi Sasaran?

Sasaran saka terdiri daripada keturunan pembawa saka dan orang-orang yang dipilih oleh jin itu sendiri.

Tanda-Tanda Orang Yang Mempunyai Saka

Gejala Ketika Tidur

1. Susah tidur malam.

2. Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

3. Mimpi buruk dan menakutkan.

4. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, ular,serigala, tikus dan sebagainya.

5. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

6. Mimpi terjatuh dari tempat tinggi.

7. Berdiri dan berjalan ketika tidur.

8. Bermimpi berada di tempat yang sunyi.

9. Bermimpi berada di kawasan kotor dan kawasan perkuburan.

10. Mimpi melihat makhluk halus.

11. Mimpi melihat salib atau gereja.

12. Mimpi bertemu paderi.

13. Mimpi melihat budak kecil.

Gejala Ketika Jaga

1. Sering lalai daripada mengingati Allah S.W.T

2. Hilang ingatan (gila).

3. Lesu dan malas.

4. Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.

5. Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.

6. Lenguh sendi-sendi.

7. Melihat sesuatu yang pelik.

8. Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).

9. Terasa seolah-olah memijak telur atau batu di bahagian tapak kaki.

10. Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.

11. Jiwa lemah.

12. Selalu mengantuk.

13. Mudah marah dan panas baran.

Kesan Dan Akibat

1. Sukar mendapat zuriat.

2. Banyak berlaku perkara ganjil di dalam hidup seseorang.

3. Banyak mengidap pelbagai penyakit.

4. Tidak suka bermasyarakat.

5. Mudah sensitif dan mudah terasa.

6. Mengetahui perkara-perkara yang mustahil diketahui oleh orang lain (bisikan jin dan syaitan).

7. Selalu menangis ketika kecil dan berperangai buruk apabila dewasa.

8. Kehidupan menjadi tegang dan suram.

expose-mistik-season-3-cover-24

JIKA ANDA MEMPUNYAI ANTARA SIMPTOM-SIMPTOM INI, SEGERA BERJUMPA DENGAN PENGAMAL PERUBATAN ISLAM.

MISTERI ALAM MELAYU

Posted in MISTERI ALAM MELAYU on February 5, 2009 by exposemistik

Oleh: Expose Mistik

Misteri Alam Melayu... Adakah ianya benar wujud?

Misteri Alam Melayu... Adakah ianya benar wujud?

Masyarakat Melayu memang sinonim dengan kepercayaan karut mengenai alam misteri dan juga kehidupan seharian. Ada saja pantang larang yang perlu dipatuhi. Jika tidak, sendiri mau ingatlah…

Kepercayaan Karut Dalam Masyarakat Melayu.

Apa pendapat anda semua ?

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.